Seorang penganggur dipenjara lapan bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan menyamar pegawai khas kepada Timbalan Menteri dan meminta wang daripada seorang wanita berhubung dana geran filem.<br /><br />Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Rozina Ayob menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Zafir Zainuddin, 38 tahun selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan ke atasnya.